Laman Pilihan
Laman
- A) Video Pengajaran BM
- B) Struktur Ayat
- C ) Maklumat Ayat
- D) Latihan BM
- E) Laman Pengujian
- F) Gambar
Memaparkan catatan dengan label B) Struktur Ayat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label B) Struktur Ayat. Papar semua catatan
Sabtu, 12 November 2011
Kesalahan Struktur Ayat
Kesalahan yang biasa dilakukan oleh murid-murid:
1. Kesalahan Kata Arah:
a) Sarah pergi sekolah. ( salah )
b) Sarah pergi ke sekolah. ( betul )
2. Kesalahan Kata Ganti Nama:
a) Hendak saya baca buku itu. ( salah )
b) Saya hendak baca buku itu. ( betul )
3.Kesalahan Kata Sendi Nama:
a) Kita mesti menceritakan tentang kebaikan kawan kita. ( salah )
b) Kita mesti menceritakan kebaikan kawan kita. ( betul )
Jumaat, 11 November 2011
Cara-cara Membina Ayat
Bina ayat
View more presentations from leechoogan
Strukutr Ayat : Objektif
Objek merupakan sesuatu yang diarakan oleh predikat dan menjawab soalan seperti “siapa , apa , mana” . Ia biasanya berada di
belakang predikat.
Contoh 1 : Selepas tiga hari mengunjungi Pulau Pinang , kakak membawa balik sepuluh
keping gambar.
Dalam ayat ini, “sepuluh keping gambar” ialah objek dan menunjukkan “apa” kepada predikat .
Contoh 2 : Tiba-tiba saya mengenangkan pak cik yang meninggalkan kampung .
“Pak cik yang meninggalkan kampung” ialah objek dan menjawab “siapa” kepada predikat .
Struktur Ayat: Predikat
Predikat pula ialah pernyataan yang memberi penerangan kepada subjek dan menunjukkan “bagaimana” , “membuat apa” atau “ialah apa” . Biasanya dalam sesuatu ayat , kedudukan predikat berada di belakang subjek .
Contoh 1 : Kanak-kanak itu menaiki bas sekolah.
Dalam ayat ini , “menaiki bas sekolah” ialah predikat dan menunjukkan “membuat apa”kepada subjek .
Contoh 2 : Pekerjaan bersawah padi kurang menarik perhatian para belia .
“kurang menarik perhatian para belia” ialah predikat dan menunjukkan “bagaimana” kepada subjek .
Struktur Ayat : Subjek
Subjek ialah sesuatu yang dinyatakan oleh predikat dan menunjukkan maksud predikat termasuk siapa atau apa . Biasanya ,
kedudukan subjek dalam ayat berada di hadapan predikat .
Contoh 1: Penumpang-penumpang meletakkan beg mereka di dalam bas itu .
Dalam ayat ini , subjeknya ialah penumpang-penumpang yang menunjukkan “siapa” yang melakukan perbuatan itu .
Contoh 2 : Cahaya matahari menyinari alam semester .
Cahaya matahari ialah subjek dalam ayat ini dan menunjukkan “apa” kepada predikatnya .
Cuba murid-murid nyatakan contoh subjek dalam sesuatu ayat.
Langgan:
Catatan (Atom)