Jumaat, 11 November 2011

Struktur Ayat: Predikat

Predikat pula ialah pernyataan yang memberi penerangan kepada subjek dan menunjukkan “bagaimana” , “membuat apa” atau “ialah apa” . Biasanya dalam sesuatu ayat , kedudukan predikat berada di belakang subjek .
Contoh 1 : Kanak-kanak itu menaiki bas sekolah.
Dalam ayat ini , “menaiki bas sekolah” ialah predikat dan menunjukkan “membuat apa”kepada subjek .
Contoh 2 : Pekerjaan bersawah padi kurang menarik perhatian para belia .
“kurang menarik perhatian para belia” ialah predikat dan menunjukkan “bagaimana” kepada subjek .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cuti Sekolah...