Jumaat, 18 November 2011

Keputusan Ujian formatif 2

Markah ujian formatif Tahun 3D:
Nama Murid (Markah (%)
1. Chang zi Yuan 52
2. Chee Siau Tee 83
3. Dwee Wei Jie 65
4. Kek Jia Hann 67
5. Kerk Wei Song 69
6. Kerk Wei Xiang 56
7. Lau Wei En 90
8. Lim Jin Hang 88
9. Yeo Tze Heng 75
10. Youn Tee Jong 32

Selasa, 15 November 2011

Penulisan karangan berdasarkan video

Kepada semua murid-murid tahun 3D, ujian ini merupakan ujian yang terakhir
.
Harap murid-murid dapat menulis syarahan tentang Majlis Perpisahan Guru dengan hati yang iklas.
Kerjasama murid-murid amat dihargai. Sekian, terima kasih.

penulisan ayat berdasarkan video (1)

Hai, murid-murid tahun 3D yang dikasihi.
Cubalah mendengar video rakaman tentang hutan dan kemudian menulis sebanyak 4 ayat yang berkaitan.

Sabtu, 12 November 2011

Ayat Majmuk

Jika murid-murid telah mahir dengan ayat-ayat tunggal, murid-murid boleh cuba membina ayat majmuk .
Murid-murid boleh merujuk kepada maklumat yang diberi...

Jenis- jenis ayat

Marilah murid- murid belajar jenis-jenis ayat sebelum memulakan latihan bina ayat...

Kesalahan Struktur Ayat

Kesalahan yang biasa dilakukan oleh murid-murid:
1. Kesalahan Kata Arah:
a) Sarah pergi sekolah. ( salah )
b) Sarah pergi ke sekolah. ( betul )
2. Kesalahan Kata Ganti Nama:
a) Hendak saya baca buku itu. ( salah )
b) Saya hendak baca buku itu. ( betul )
3.Kesalahan Kata Sendi Nama:
a) Kita mesti menceritakan tentang kebaikan kawan kita. ( salah )
b) Kita mesti menceritakan kebaikan kawan kita. ( betul )

Jumaat, 11 November 2011

Cara-cara Membina Ayat

Strukutr Ayat : Objektif

Objek merupakan sesuatu yang diarakan oleh predikat dan menjawab soalan seperti “siapa , apa , mana” . Ia biasanya berada di belakang predikat.
Contoh 1 : Selepas tiga hari mengunjungi Pulau Pinang , kakak membawa balik sepuluh keping gambar.
Dalam ayat ini, “sepuluh keping gambar” ialah objek dan menunjukkan “apa” kepada predikat .
Contoh 2 : Tiba-tiba saya mengenangkan pak cik yang meninggalkan kampung .
“Pak cik yang meninggalkan kampung” ialah objek dan menjawab “siapa” kepada predikat .

Struktur Ayat: Predikat

Predikat pula ialah pernyataan yang memberi penerangan kepada subjek dan menunjukkan “bagaimana” , “membuat apa” atau “ialah apa” . Biasanya dalam sesuatu ayat , kedudukan predikat berada di belakang subjek .
Contoh 1 : Kanak-kanak itu menaiki bas sekolah.
Dalam ayat ini , “menaiki bas sekolah” ialah predikat dan menunjukkan “membuat apa”kepada subjek .
Contoh 2 : Pekerjaan bersawah padi kurang menarik perhatian para belia .
“kurang menarik perhatian para belia” ialah predikat dan menunjukkan “bagaimana” kepada subjek .

Struktur Ayat : Subjek

Subjek ialah sesuatu yang dinyatakan oleh predikat dan menunjukkan maksud predikat termasuk siapa atau apa . Biasanya , kedudukan subjek dalam ayat berada di hadapan predikat .
Contoh 1: Penumpang-penumpang meletakkan beg mereka di dalam bas itu .
Dalam ayat ini , subjeknya ialah penumpang-penumpang yang menunjukkan “siapa” yang melakukan perbuatan itu .
Contoh 2 : Cahaya matahari menyinari alam semester .
Cahaya matahari ialah subjek dalam ayat ini dan menunjukkan “apa” kepada predikatnya .
Cuba murid-murid nyatakan contoh subjek dalam sesuatu ayat.

Khamis, 10 November 2011

Ujian formatif ( 2) Tahun 3 ( November )

Kepada murid-murid tahun 3D yang disayangi, Setelah kamu telah mendapat markah yang kurang daripada 10 markah, kamu perlu membuat ujian formatif ( 2 ) ini supaya lebih memahami kemahiran yang dibelajari.Bagi murid-murid yang lebih daripada 10 markah pula , kamu juga boleh cuba membuat ujian ini sebagai latihan pengukuhan tentang kemahiran ini. Terima kasih ke atas kerjasama kamu.... Selamat mencuba... Latihan A : Isikan tempat kosong dalam ayat berdasarkan gambar dengan perkataan yang betul: ( 5 % )
Latihan B : Tulis ayat yang sesuai berdasarkan gambar: ( 5 % )
Latihan C: Susun dan tulis semula perkataan agar menjadi ayat yang lengkap: ( 5% )
Latihan D: Lengkapkan ayat dengan rangkai kata yang betul berpandukan gambar: (4 % )
Latihan E: Bina dan tulis ayat berdasarkan perkataan yang diberi: ( 6 %)

Ujian formatif ( 1 ) Tahun 3 ( November )

Hai , murid-murid yang tidak hadir pada bulan November perlu membuat ujian formatif .Untuk memastikan kamu telah menguasai kemahiran membina ayat dengan jayanya. Cikgu Gan telah mereka dua ujian formatif untuk menguji tahap penguasaan kamu. Marilah murid -murid tahun 3D cuba menjawab soalan latihan yang berikut, kemudian hantarkan jawapan kepada email saya...Sekian, terima kasih. Latihan A : Isikan tempat kosong dalam ayat berdasarkan gambar dengan perkataan yang betul:( 5% )
Latihan B : Tulis ayat yang sesuai berdasarkan gambar: ( 5% )
Latihan C : Susun dan tulis semula perkataan agar menjadi ayat yang lengkap: (5 % )
Latihan D :Lengkapkan ayat dengan rangkai kata yang betul berpandukan gambar: ( 4% )
Latihan E : Bina dan tulis ayat berdasarkan perkataan yang diberi: ( 6% )

Selasa, 8 November 2011

Gambar kelas 3D

Hai, murid-murid 3D, marilah melihat gambar-gambar kamu semasa membuat kerja sekolah di kelas.
My Slideshow: Murid-murid’s trip from Johor Bahru, Johor, Malaysia to Batu Pahat was created by TripAdvisor. See another Batu Pahat slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Latihan pengayaan dan pemulihan BM Tahun 3 ( Oktober )

1.Latihan Pengayaan :
Kepada murid-murid tahun 3D yang dikasihi, sesiapa yang telah membuat buku latihan BM tahun 3 ( m/s 49 ) , murid-murid dikehendaki membuat latihan pengayaan atau latihan pemulihan yang diberi oleh Cikgu Gan.
Jika murid yang mendapat keputusan latihan dalam Gred A , murid hanya perlu membuat latihan pengayaan dengan menjadikan jawapan yang diberi oleh murid rakan sekelas sebagai panduan membina ayat .
Murid-murid boleh membina ayat dengan menggunakan microsoft word dan kemudian menghantar saya kepada blog gan ini atau email saya : glc07@live.com.
Manakala murid yang mendapat Gred B atau C, murid dikehendaki membuat latihan pemulihan berpanduakan gambar yang diberi.
Sekian, terima kasih. Selamat mencuba.
2.Latihan pemulihan :
1.______________ merupakan ________ kami yang ______.
2._____________ selalu membantu kami ___________rumah.
3. Ibu dan Mak Cik Lian selalu _____________yang _________.
4.Saya ______________ dengan ____________, How Chi.
5.Kami sentiasa ________________ dan tolong-menolong.

Latihan Buku Kerja BM Tahun 3 ( Oktober)

Kepada murid-murid tahun 3D yang dikasihi, sesiapa yang tidak menghadiri kelas pada bulan Oktober, boleh cuba membuat latihan yang diberi oleh Cikgu Gan.
.Kemudian menghantar kepada saya melalui email : glc07@live.com.
Selepas itu, saya akan menandakan dan menghantar keputusan hasil kerja kepada murid-murid dan murid-murid teruskan latihan pengayaan atau pemulihan yang diberikan.
Selamat mencuba

Cuti Sekolah...