Isnin, 24 Oktober 2011

video makro pengajaran (Gan Lee Choo D20102041866)

Kepada murid-murid tahun 3D yang disayangi, sesiapa yang tidak menghadiri kelas pada bulan Oktober dan ingin mengetahui cara membina ayat yang lengkap, murid-murid boleh melihat video rakaman yang cikgu telah pameran ini . Harap murid-murid dapat belajar melalui nota-nota di power point dan belajar dengan seronok ...

Sabtu, 22 Oktober 2011

video mikro pengajaran ( Gan Lee Choo D20102041866)

Hai, murid-murid tahun 3D. Sesiapa murid yang kurang faham perkataan seerti yang diajari oleh guru pada hari itu, bolehlah buka video ini dan mendengar semula penjelasan Cikgu Gan . Saya berharap murid-murid menjadi lebih memahami setelah melihat video rakaman ini. Jika murid-murid ada pertanyaan, bolehlah menanyakan saya melalui email saya : glc07@live.com. Harap murid-murid berminat dengan video ini.

Khamis, 20 Oktober 2011

Gambar kenangan

Hai, murid-murid marilah melihat gambar-gambar yang menarik di beberapa tempat di Semenanjung Malaysia.. .
Cute Foto Slideshow: Lee’s trip from Pahang, Malaysia to 3 cities Batu Pahat, Muar and Kukup was created by TripAdvisor. See another Malaysia slideshow. Create your own stunning slideshow with our free photo slideshow maker.

Jumaat, 7 Oktober 2011

kesalahan papan tanda

Gambar yang dipamerkan menunjukkan kesalahan penggunaan Bahasa Melayu di papan tanda...Oleh itu, murid-murid perlu berhati-hati semasa belajar perkataan daripada papan tanda.


"Jia Xiang Kopitam " di mana "Kopitam " adalah daripada Hokkian iaitu bermaksud kedai kopi.





"Hantaran Express" di mana " Express" adalah berasal dari perkataan Bahasa Inggeris.


Isnin, 3 Oktober 2011

melancong ke Tanjung Muar

Terdapat ramai murid mengalami tekanan apabila belajar di Sekolah Menengah atau di universiti. Oleh itu , saya mencadangkan satu penyelesaian iaitu melancong.

Melancong bukan sahaja merupakan satu cara untuk melepaskan tekanan belajar di sekolah tetapi dapat juga menambahkan pengetahuan kita. Oleh itu, murid-murid perlu pergi melancong semasa cuti sekolah supaya dapat meluaskan pengalaman murid-murid.

Cuti Sekolah...