Jumaat, 11 November 2011

Struktur Ayat : Subjek

Subjek ialah sesuatu yang dinyatakan oleh predikat dan menunjukkan maksud predikat termasuk siapa atau apa . Biasanya , kedudukan subjek dalam ayat berada di hadapan predikat .
Contoh 1: Penumpang-penumpang meletakkan beg mereka di dalam bas itu .
Dalam ayat ini , subjeknya ialah penumpang-penumpang yang menunjukkan “siapa” yang melakukan perbuatan itu .
Contoh 2 : Cahaya matahari menyinari alam semester .
Cahaya matahari ialah subjek dalam ayat ini dan menunjukkan “apa” kepada predikatnya .
Cuba murid-murid nyatakan contoh subjek dalam sesuatu ayat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cuti Sekolah...