Sabtu, 12 November 2011

Jenis- jenis ayat

Marilah murid- murid belajar jenis-jenis ayat sebelum memulakan latihan bina ayat...

Kesalahan Struktur Ayat

Kesalahan yang biasa dilakukan oleh murid-murid:
1. Kesalahan Kata Arah:
a) Sarah pergi sekolah. ( salah )
b) Sarah pergi ke sekolah. ( betul )
2. Kesalahan Kata Ganti Nama:
a) Hendak saya baca buku itu. ( salah )
b) Saya hendak baca buku itu. ( betul )
3.Kesalahan Kata Sendi Nama:
a) Kita mesti menceritakan tentang kebaikan kawan kita. ( salah )
b) Kita mesti menceritakan kebaikan kawan kita. ( betul )

Jumaat, 11 November 2011

Cara-cara Membina Ayat

Strukutr Ayat : Objektif

Objek merupakan sesuatu yang diarakan oleh predikat dan menjawab soalan seperti “siapa , apa , mana” . Ia biasanya berada di belakang predikat.
Contoh 1 : Selepas tiga hari mengunjungi Pulau Pinang , kakak membawa balik sepuluh keping gambar.
Dalam ayat ini, “sepuluh keping gambar” ialah objek dan menunjukkan “apa” kepada predikat .
Contoh 2 : Tiba-tiba saya mengenangkan pak cik yang meninggalkan kampung .
“Pak cik yang meninggalkan kampung” ialah objek dan menjawab “siapa” kepada predikat .

Struktur Ayat: Predikat

Predikat pula ialah pernyataan yang memberi penerangan kepada subjek dan menunjukkan “bagaimana” , “membuat apa” atau “ialah apa” . Biasanya dalam sesuatu ayat , kedudukan predikat berada di belakang subjek .
Contoh 1 : Kanak-kanak itu menaiki bas sekolah.
Dalam ayat ini , “menaiki bas sekolah” ialah predikat dan menunjukkan “membuat apa”kepada subjek .
Contoh 2 : Pekerjaan bersawah padi kurang menarik perhatian para belia .
“kurang menarik perhatian para belia” ialah predikat dan menunjukkan “bagaimana” kepada subjek .

Struktur Ayat : Subjek

Subjek ialah sesuatu yang dinyatakan oleh predikat dan menunjukkan maksud predikat termasuk siapa atau apa . Biasanya , kedudukan subjek dalam ayat berada di hadapan predikat .
Contoh 1: Penumpang-penumpang meletakkan beg mereka di dalam bas itu .
Dalam ayat ini , subjeknya ialah penumpang-penumpang yang menunjukkan “siapa” yang melakukan perbuatan itu .
Contoh 2 : Cahaya matahari menyinari alam semester .
Cahaya matahari ialah subjek dalam ayat ini dan menunjukkan “apa” kepada predikatnya .
Cuba murid-murid nyatakan contoh subjek dalam sesuatu ayat.

Khamis, 10 November 2011

Ujian formatif ( 2) Tahun 3 ( November )

Kepada murid-murid tahun 3D yang disayangi, Setelah kamu telah mendapat markah yang kurang daripada 10 markah, kamu perlu membuat ujian formatif ( 2 ) ini supaya lebih memahami kemahiran yang dibelajari.Bagi murid-murid yang lebih daripada 10 markah pula , kamu juga boleh cuba membuat ujian ini sebagai latihan pengukuhan tentang kemahiran ini. Terima kasih ke atas kerjasama kamu.... Selamat mencuba... Latihan A : Isikan tempat kosong dalam ayat berdasarkan gambar dengan perkataan yang betul: ( 5 % )
Latihan B : Tulis ayat yang sesuai berdasarkan gambar: ( 5 % )
Latihan C: Susun dan tulis semula perkataan agar menjadi ayat yang lengkap: ( 5% )
Latihan D: Lengkapkan ayat dengan rangkai kata yang betul berpandukan gambar: (4 % )
Latihan E: Bina dan tulis ayat berdasarkan perkataan yang diberi: ( 6 %)

Cuti Sekolah...