UNtuk pengetahuan murid-murid, Falsafah Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.Usaha ini adalah melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
Oleh itu, murid-murid juga boleh menyertai aktiviti-aktiviti kokurikulum yang diminati supaya potensi diri boleh diperkembangkan secara menyeluruh tanpa hanya bergantung kepada kurikulum sahaja.